fbpx

Pochettino sudah ada rancangan di PSG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POCHETTINO disebut antara calon yang akan menggantikan Tuchel sebagai jurulatih baharu PSG. – AFP

PARIS – Calon ketua jurulatih baharu Paris Saint-Germain (PSG), Mauricio Pochettino ‘berjanji’ mahu membawa masuk Lionel Messi, Memphis Depay dan Dele Alli jika gergasi Perancis itu me­lantik beliau mengisi kekoso­ngan ditinggalkan Thomas Tuchel.

Pochettino, 48, percaya pelantikannya mampu ‘memancing’ Messi untuk hadir ke Parc des Princes berdasarkan sentimen kenegaraan Argentina, selain kontrak pemenang enam Ballon d’Or itu bersama Barcelona akan tamat pada Jun tahun depan.

Ia sekali gus membolehkan Messi kembali bergandingan dengan bekas rakan sepasukannya di Barcelona iaitu Neymar yang merupakan antara salah seorang pemain paling bernilai PSG selain Kylian Mbappe.

Dalam masa sama, bekas pengurus Tottenham Hotspur itu juga mahu mendapatkan pe­nyerang utama Olympique Lyon, Memphis Depay dari Belanda yang dikatakan boleh dibeli de­ngan yuran perpindahan rendah sekitar €5 juta (RM27 juta) sahaja.

Selain dua pemain itu, Pochettino turut dikatakan mahu menyelamatkan karier Alli yang pernah menjadi ‘arkitek’ bahagian tengah skuad bimbingannya ketika di Spurs sebelum ini.

Alli, 24, tidak berada dalam perancangan pengurus Spurs, Jose Mourinho apabila sekadar diberikan peluang bermain lima perlawanan sahaja dalam kese­belasan utama musim ini.

Mourinho berbuat sedemikian apabila merasakan corak permainan Alli mampu mengundang bahaya kepada skuad bimbi­ngannya, namun Pochettino pula mempunyai pendapat berbeza kerana merasakan pemain te­ngah England itu boleh menjadi aset utama pasukan.

Ia terbukti apabila nama Alli sentiasa berada dalam kese­belasan utama hampir kesemua perlawanan di bawah bimbingan Pochettino termasuk beraksi pada final Liga Juara-Juara ketika tewas 0-2 kepada Liverpool pada Jun tahun lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI