fbpx

PGA rampas rokok seludup RM24,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian rokok yang dirampas di sekatan jalan raya Banggol Kong, Jeram Pedah, Rantau Panjang semalam.

RANTAU PANJANG – Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 menahan seorang buruh selepas dipercayai terlibat dengan sindiket penyeludupan rokok yang dianggarkan bernilai RM24,000 di sekatan jalan raya (SJR) Banggol Kong, Jeram Perdah di sini semalam.

Suspek yang berusia 54 tahun ditahan kira-kira pukul 5.30 petang ketika dia memandu kenderaan pacuan empat roda jenis Perodua Kembara.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Superintendan Azhari Nusi berkata, sewaktu melakukan SJR di kawasan itu, anggota PGA telah bertindak menahan kenderaan yang dinaiki suspek.

Katanya, hasil pemeriksaan di dalam kenderaan itu membawa kepada penemuan dua bungkusan plastik hitam yang mengandungi kira-kira 5,000 batang rokok pelbagai jenis termasuk kretek.

“Siasatan awal mendapati rokok yang dirampas itu diseludup dari negara jiran untuk dijual di pasaran tempatan.

“Suspek yang berasal dari Pasir Mas di sini dan barang rampasan diserahkan ke Balai Polis Jeram Perdah untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI