fbpx

Jenazah pembantu rumah Syafiq tiba di Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahli keluarga Allahyarham Titik Sukamti, pembantu rumah pemain JDT, Syafiq Ahmad meratapi jenazah yang tiba di Indonesia, kelmarin. - KOMPAS.com/PuthutDwi Putranto Nugroho

JAKARTA – Suasana pilu mengiringi ketibaan jenazah pembantu rumah pemain bola sepak Johor Darul takzim (JDT), Syafiq Ahmad iaitu Titik Sukamti yang tiba di Indonesia, pagi kelmarin.

Mayat Titik diterbangkan dari Malaysia dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Ahmad Yani, Semarang pada pagi Jumaat, selepas tiga minggu kemalangan maut itu berlaku.

“Maklumat yang kami terima adalah bahawa kereta itu merempuh pembahagi jalan sehingga terbalik,” kata abang kepada arwah, Masrukin kepada Kompas.com di rumah pengebumian.

“Ketika mayatnya dikeluarkan, Titik sedang memeluk  erat memegang bayi Syafiq yang turut meninggal dunia di kerusi belakang,” ujarnya.

Ibu dua anak itu kemudian dibawa ke kampung halamannya dengan ambulans oleh Badan Perlindungan Pekerja Migran Indonesia (BP2MI).

Salah seorang anak Allahyarham Titik, Alvian Febriyanto, 16, menangis teresak-esak ketika jenazah ibunya tiba di Dusun Kuripan, Kabupaten Grobogan, Jawa Tengah.

Pemuda yang berada di sekolah menengah itu tidak dapat menahan kesedihannya sehingga sesekali dia bersandar di pelukan saudara-mara yang turut hadir.

Sebaik tiba, jenazah Sukamti disembahyangkan di rumah pengebumian dan kemudian dikebumikan di tanah perkuburan awam tempatan mengikut protokol pengebumian Covid-19.

Arwah Titik,46, merupakan salah seorang mangsa maut dalam kemalangan yang turut meragut nyawa anak bongsu Syafiq, Muhammad Aisy Syaqeef yang berusia 22 hari dan ibu mentuanya, Zainab Wahab,45. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI