fbpx

Idam jadi editor majalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FARA JULIANA

Sejak berusia 16 tahun, Fara Juliana Buang sudah mula berjinak-jinak dalam dunia keusahawanan dengan menjual tudung di sekolah sebagai salah satu caranya berdikari untuk memperoleh duit poket sendiri.

Selepas lima tahun, dia boleh berbangga apabila bisnes kecil-kecilan yang diusahakan bersama kakaknya iaitu Easypeasyscarf mempunyai pengikut tersendiri.

Dia yang mesra disapa Fara mempunyai 175,000 pengikut di laman Instagram @epscarf dan kira-kira 86,200 pengikut di Instagram peribadinya, @farajulia­na.

Di sebalik perniagaan itu, Fara juga turut memodelkan sendiri koleksi tudung jenamanya selain banyak membuat posting OOTD (Outfit-of-the-Day) bagi memberi ilham kepada penggayaan pakaian stail moden.

Fara juga sempat berkongsi bersama Kosmo! Ahad pengalaman serta minatnya terhadap dunia fesyen dan editorial.

Kosmo! Ahad: Bagaimana bisnes ini bermula?
Fara Juliana: Perniagaan ini dimulakan kira-kira lima tahun lepas secara kecil-kecilan. Ketika itu, saya menjual koleksi tudung kepada kawan-kawan di sekolah.

Apakah cabaran yang dihadapi?
Menguruskan masa yang amat ketat dan singkat merupakan cabaran terbesar tetapi kakak dan keluarga banyak membantu.

Apakah inspirasi anda?
Sebenarnya saya sangat meminati dunia fesyen dan editorial majalah, jadi saya suka bereksperimen dengan gaya-gaya tertentu daripada stail fesyen jalanan, vintaj dan moden. Saya turut menyimpan cita-cita untuk menjadi editor majalah se­perti idola saya, Anna Wintour. Saya kini menuntut di peringkat ijazah dalam jurusan Komunikasi Massa (Penerbitan) di Universiti Teknologi Mara.

FARA JULIANA menjadikan sokongan keluarga sebagai inspirasi untuk terus berjaya dalam kerjaya.

Dari mana mendapat ilham dan pakaian untuk OOTD?
Daripada media sosial seperti Pinterest dan Instagram. Banyak koleksi baju saya dibeli di kedai pakaian vintaj dan kedai bundle seperti Bandoru. Ikon fesyen ke­gemaran saya ialah model, Bella Hadid.

Bagaimana dapat idea untuk menghasilkan content yang segar?
Daripada Tiktok, Pinterest, Instagram dan YouTube.

Bagaimana membahagikan masa sebagai seorang pelajar dan usahawan?
Jadual pengurusan masa adalah perkara yang sangat pen­ting buat saya bagi pembahagian masa yang teratur dan tepat.

Apa yang anda suka lakukan di samping aktif di media sosial?
Saya menggemari buku non-fiction dan membaca buku merupakan salah satu hobi yang saya jadikan sebagai ruang untuk menjauhkan diri daripada media sosial buat seketika. Antara judul kegemaran saya ialah novel fik­syen bersiri The Raven Cycle karya Maggie Stiefvater.

Apakah prinsip hidup Fara atau pesanan ibu bapa yang jadi pegangan hidup?
Banyak. Antaranya ialah memberanikan diri untuk mencuba perkara baharu asalkan ia bukan sesuatu perkara yang tidak elok dan jangan berputus asa.

Apa pengalaman manis dan pahit dalam kerjaya model dan perniagaan?
Semestinya dapat sentiasa bekerja dengan keluarga. Perniagaan ini sedikit sebanyak dapat merapatkan hubungan kami sekeluarga. Bagi pengalaman pahit pula, saya merasakan pandemik Covid-19 menjejaskan peniagaan kami bagi tahun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI