fbpx

Perhilitan Negeri Sembilan selamatkan tapir betina cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tapir betina cedera berjaya diselamatkan oleh Perhilitan Negeri Sembilan di Kampung Melayu Panchor pada 20 Disember lalu.

SEREMBAN – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan menyelamatkan seekor tapir betina yang cedera di Kampung Melayu Panchor dekat sini pada 20 Disember lalu.

Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia berkongsikan kejayaan berkenaan dalam satu perkongsian di laman sesial Facebook rasminya semalam.

Menurut perkongsian berkenaan, penduduk kampung bekerjasama menghulurkan maklumat kehadiran seekor tapir betina yang cedera di bahagian kakinya disyaki terkena jerat pada 6 Disember lalu.

“Susulan maklumat ini, seekor tapir berjaya ditangkap pada 20 Disember lalu menggunakan perangkap tapir yang telah dipasang sejak 7 Disember.

“Operasi ini melibatkan kakitangan Jabatan Perhilitan Negeri Sembilan,” kata Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia.

Tapir tersebut yang tercedera pada kaki kanan hadapan telah diberi rawatan awal oleh Pegawai Veterinar Jabatan Perhilitan sebelum dibawa ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC), Sungkai, Perak untuk rawatan susulan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI