fbpx

Tiga polis maut ditembak di Perancis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa anggota polis berkawal di tempat kejadian tembakan yang menyebabkan tiga anggota polis maut manakala seorang lagi cedera hari ini. - AFP

PARIS – Tiga anggota polis maut manakala seorang lagi cedera selepas ditembak seorang lelaki dalam satu kejadian di bandar Clermont-Ferrand, Perancis hari ini.

Pejabat pendakwa raya Clermont-Ferrand dalam satu kenyataan berkata, lelaki berusia 48 tahun itu bertindak melepaskan tembakan terhadap empat orang anggota polis yang tiba di kediaman suspek sejurus menerima panggilan mengenai kejadian keganasan rumah tangga.

“Tiga orang daripadanya meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian manakala seorang lagi cedera di bahagian paha dalam indsiden berbalas tembakan itu.

“Lelaki itu turut bertindak membakar rumahnya sebelum melarikan diri,” kata kenyataan tersebut.

Sejurus kejadian, pasukan polis serta bomba dikerahkan ke tempat kejadian dan semua jalan menuju ke rumah berkenaan ditutup kepada laluan awam.

Selain itu, seorang wanita yang kelihatan memanjat bumbung rumah ketika kediaman tersebut dibakar suspek berjaya diselamatkan anggota keselamatan dan sedang disoal siasat polis. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI