fbpx

Malaysia pastikan vaksin efektif terhadap mutasi Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin

PUTRAJAYA – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan berbincang dengan syarikat pengeluar vaksin Pfizer bagi memastikan perolehan bekalan vaksin negara memiliki keberkesanan terhadap mutasi virus Covid-19 yang dikesan di United Kingdom baru-baru ini.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, perbincangan itu perlu dibuat kerana sebarang pertukaran vaksin akan memberi kesan kepada kepada kontrak perolehan bekalan yang telah ditandatangani bersama syarikat itu sebelum ini.

“Saya dimaklumkan syarikat Pfizer sedang menguji dan memantau keberkesanan vaksin sedia ada kepada mutasi baharu di United Kingdom.

“Jika vaksin sedia ada kurang atau tidak berkesan terhadap mutasi baharu itu, mereka (Pfizer) telah menyatakan bahawa pihaknya memerlukan enam minggu untuk melakukan sedikit perubahan kepada vaskin sedia ada bagi memastikan keberkesanan tinggi terhadap mutasi baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar perkembangan perolehan vaksin Covid-19 negara di MOSTI hari ini.

Kerajaan sebelum ini menandatangani perjanjian awal dengan fasiliti Covax dan Pfizer bagi perolehan vaksin Covid-19 untuk mendapatkan jaminan bekalan vaksin sebanyak 30 peratus liputan populasi negara.

Bekalan pertama sejuta dos vaksin dari Pfizer dijangka akan diterima dan mula diberikan kepada kumpulan sasar seawal Februari 2021. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI