fbpx

Suspek tetak ibu tunang ditahan selepas kelaparan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki terbabit kes tetak sehingga mati di Kampung Kuyuh, Sabtu lalu ditahan di kawasan hutan malam tadi selepas dipercayai keluar daripada lokasi persembunyiannya kerana lapar.

PITAS – Lelaki terbabit kes tetak sehingga mati di Kampung Kuyuh, Sabtu lalu ditahan di kawasan hutan malam tadi selepas dipercayai keluar dari lokasi persembunyiannya kerana lapar.

Suspek berusia 29 tahun itu ditahan kira-kira pukul 8 malam di sebuah rumah di Kampung Binanjar, Paitan.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Mohd Izaan Abdullah berkata, suspek berkenaan dipercayai melarikan diri ke kampungnya di Paitan selepas kejadian tetak yang berlaku di Pitas baru-baru ini.

“Suspek dikatakan menyembunyikan diri di dalam kawasan hutan selepas tiba di kampung berkenaan dan kita telah menjalankan pemantauan di kawasan hutan itu sejak kelmarin sebelum suspek dikesan memasuki rumah seorang saudaranya.

“Rumah itu telah diserbu dan akhirnya suspek berjaya ditahan pukul 8 malam tadi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Izaan berkata, suspek dipercayai masuk ke rumah itu kerana kelaparan.

“Suspek sedang di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Marudu untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Terdahulu, ibu kepada tunang suspek lelaki berkenaan dikenali sebagai Habibah Abungon, 68, maut akibat ditetak dalam kejadian yang berlaku sekitar pukul 11.15 malam Sabtu lalu.

Dalam kejadian itu, empat ahli keluarga lain yang berada di rumah sama turut cedera diserang suspek yang mengamuk selepas dikatakan enggan memutuskan tali pertunangannya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI