fbpx

Penyanyi BoA kantoi seludup dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BOA

PENYANYI terkenal BoA disiasat pihak berkuasa Korea Selatan atas tuduhan terjebak kes penyeludupan dadah.

Agensi pengurusan penyanyi itu, SM Entertainment dalam satu kenyataan mengesahkan perkara berkenaan tetapi menafikan bahawa perbuatan tersebut sengaja dilakukan BoA.

Penyanyi yang meraikan ulang tahun ke-20 dalam industri itu telah disiasat pihak berkuasa pada Rabu minggu lalu kerana disyaki menyeludup dadah antaranya, jenis zolpidem.

Dia dilaporkan menyimpan ubat bawah nama seorang pekerja di pejabat agensinya di Jepun. Pekerja itu pula cuba membawa masuk ubat-ubat berkenaan ke Korea Selatan atas nama seorang pekerja lain di pejabat agensinya di Korea.

SM Entertainment menyatakan masalah tersebut timbul disebabkan pekerja yang terlibat dalam urusan membawa masuk ubat-ubatan tersebut kurang arif tentang peraturan kastam berkaitan dadah.

BoA yang merupakan artis K-pop generasi pertama dilaporkan perlu mengambil pil tidur bagi membantunya mengatasi masalah sukar tidur.

Setakat ini, pihak pendakwaan akan melakukan siasatan sama ada tindakan tersebut sengaja dilakukan ataupun tidak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI