fbpx

Pengusaha degil, kedai kena roboh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedai-kedai yang dirobohkan MPK selepas dijalankan tanpa lesen dan menambah struktur bangunan tanpa kelulusan.

KLANG – Kedegilan lapan pengusaha premis menjalankan aktiviti tanpa lesen walaupun telah diberikan amaran sebanyak dua kali membawa padah selepas dirobohkan pihak berkuasa di Lot 4911 Jalan Teratai, Meru hari ini.

Operasi perobohan itu dilakukan Majlis Perbandaran Klang (MPK) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd (Air Selangor) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Yang Dipertua MPK, Dr. Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin berkata, kesemua pengusaha premis tersebut telah diberikan notis sebanyak dua kali melibatkan membina bangunan tanpa kelulusan dan kemudiannya diarahkan untuk dikosongkan dan dirobohkan struktur bangunan tanpa kelulusan.

Katanya, kedua-dua notis tersebut masing-masing diserahkan pada 5 Oktober dan 18 November lalu.

“Kita telah memberikan mereka tempoh selama sebulan bagi mengosongkan premis tersebut namun didapati engkar sebelum perobohan dilakukan hari ini.

“Siasatan mendapati premis itu telah disalahguna untuk aktiviti perniagaan dan mendirikan struktur bangunan tanpa kelulusan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Difahamkan kebanyakannya menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen seperti kedai makan dan kedai runcit.

Mengulas lanjut, Ahmad Fadzli menegaskan perobohan ini bagi memberikan pengajaran kepada mana-mana warga daerah ini supaya menghormati peruntukan perundangan yang telah ditetapkan MPK.

“Justeru, saya mengingatkan semua pemilik tanah dan premis sentiasa mematuhi undang-undang sedia ada dengan mendapatkan kelulusan Perancangan dan Pelan Bangunan terlebih dahulu sebelum mendirikan apa-apa struktur bangunan dijalankan mereka,” jelasnya. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI