fbpx

Noor Hisham, Ebit Lew terima Anugerah Khas Meletop ERA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DR. Noor Hisham dan Ebit Lew.

PUTRAJAYA – Bagi menghargai jasa dan pengorbanan petugas barisan hadapan, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas MeleTOP ERA 2020 (AME 2020) sebentar tadi.

Anugerah khas tersebut merupakan pengiktirafan tertinggi dalam rancangan yang bersiaran langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Menurut Noor Hisham, beliau mengakui terkejut selepas diberitahu bakal menerima anugerah khas berkenaan.

“Anugerah ini bukan usaha saya sendiri. Pengiktirafan ini juga penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan yang sudah memerah keringat hampir setahun.

“Anugerah ini juga saya tujukan buat semua rakyat Malaysia yang sudah bersama-sama dengan kami memerangi penularan pandemik Covid-19,” katanya dalam satu rakaman video sebentar tadi.

Sebuah lagi anugerah khas ialah Anugerah Wira AME2020 yang diberikan kepada Ebit Lew.

Menurut pendakwah bebas terkenal itu, beliau akan terus membantu golongan memerlukan terutama mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Tahun ini sangat mencabar kepada semua orang ekoran negara dilanda pandemik Covid-19.

“Tetapi saya percaya semua yang terjadi ini kerana Allah SWT sayang kita. Dia mahu semua lebih dekatkan diri kepada-Nya,” katanya.

Ebit juga mahu usaha murninya menjadi ikutan ramai untuk terus membantu setiap individu di atas muka bumi tanpa mengira agama, jantina dan budaya.

Kedua-dua tokoh kesayangan Malaysia itu membawa pulang trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000 sumbangan Astro.

AME2020 dihoskan oleh pengacara Nabil Ahmad, Jihan Muse serta Zizan Razak. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI