fbpx

[VIDEO] Alat senaman bergerak tengah malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAHRUL menunjukkan alat senaman di sebuah taman permainan di Lukut yang didakwa bergerak sendiri pada tengah malam sehingga tular di Facebook baru-baru ini.

PORT DICKSON – Penduduk sebuah taman perumahan di Lukut di sini mendakwa video mengenai alat senaman bergerak sendiri yang tular baru-baru ini bukan perkara baharu, sebalik­nya misteri seumpamanya dialami mereka sejak dua tahun lalu.

Seorang penduduk, Kamarul Hamizam Abd. Karim, 43, berkata, kejadian alat senaman berge­rak sendiri yang berlaku di taman permainan berhampiran rumah­nya dikatakan berlaku pada tengah malam.

Video berdurasi 19 saat itu tular di media sosial sejak ming­gu lalu yang memaparkan alat senaman tersebut bergerak sendiri.

Menurut Kamarul Hamizam, video itu dikatakan dikongsi menerusi aplikasi WhatsApp penduduk taman itu sebelum tular di laman Facebook.

“Semalam (kelmarin), salah seorang penduduk merakam vi­deo semasa sedang melepak di taman permainan tersebut.

“Namun, pada malam ber­kenaan, alat senaman itu tidak bergerak seperti dalam video (tular) tersebut,” katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.

Dakwa Kamarul Hamizam, kejadian misteri itu bukan pertama kali berlaku di kawasan ber­kenaan kerana sebelum ini, terdapat penduduk yang me­ngadu pintu rumah mereka pernah diketuk.

“Kebanyakan penduduk yang mengalami gangguan misteri itu tidak mahu ambil pusing kerana bimbang akan menimbulkan rasa ketakutan dalam kalangan ke­luarga mereka dan orang lain.

“Saya sendiri pernah beberapa kali ternampak kelibat putih terbang pada waktu malam semasa mula-mula berpindah ke sini,” dakwanya.

Seorang lagi penduduk, Shahrul Akmal, 30, pula memberitahu, dia tidak menafikan berasa bimbang dengan kejadian misteri di kawasan tersebut.

“Kadang-kadang apabila mendengar penduduk bercerita mengenai pengalaman (gangguan) mereka, saya ambil pendekatan berdiam diri.

“Saya bimbang anak dan isteri ketakutan sekiranya saya tiada di rumah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI