fbpx

Ainan Tasneem selamat lahirkan sepasang bayi kembar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ainan Tasneem selamat melahirkan sepasang bayi Jumaat lalu.

PETALING JAYA – Penyanyi Ainan Tasneem telah selamat melahirkan sepasang bayi kembar secara normal di sebuah pusat perubatan di Shah Alam, Selangor pada Jumaat lalu.

Menerusi perkongsian dalam Instgram miliknya, penyanyi yang popular menerusi lagu Aku Suka Dia itu telah memuat naik sebuah video ‘boomerang’ menunjukkan anak kembar lelaki dan perempuannya sedar tidur tanpa mendedahkan wajah mereka beserta dengan status melahirkan rasa syukur.

“Saya telah selamat melahirkan sepasang bayi kembar yang soleh dan solehah pada hari Jumaat yang barakah, 18 Disember di Hospital Salam Shah Alam pada pukul 11.52 pagi dan 12.11 tengah hari.

“Alhamdulillah saya diberi rezeki untuk melahirkan kedua-dua mereka dengan selamat secara normal. Semuanya dengan izin Allah SWT dan asbab memilih untuk melahirkan dengan bantuan Dr. Siti Marian yang sangat handal dalam mengendalikan kelahiran kembar,” ujarnya.

Menerusi perkongsian tersebut, Ainan turut menitipkan doa semoga bayinya menjadi Hafiz dan Hafizah, serta menjadi anak yang memiliki hati yang sejuk serta berbakti kepada semua.

Terdahulu Ainan yang mendirikan rumah tangga dengan suaminya Mohamad Ariffudin pada 7 Januari 2017 dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ainan Salsabiela yang kini berusia dua tahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI