fbpx

Tun Rahah dikebumi selepas Zuhur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarhamah akan dikebumikan selepas solat Zuhur hari ini.

PUTRAJAYA – Jenazah Allahyarham Tun Rahah Mohd. Noah akan diberi penghormatan terakhir dari pukul 9 pagi hingga 1 petang di Masjid Ar-Rahah hari ini.

Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkata, jenazah akan disembahyangkan selepas solat Zuhur sebelum dibawa dari Masjid Ar-Rahah ke Masjid Negara untuk disembahyangkan sekali lagi dan seterusnya dikebumikan di Lingkaran Makam Pahlawan, Masjid Negara.

“Jenazah Allahyarham Tun Rahah terdahulu dibawa ke Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur untuk dikafankanpukul 7 pagi tadi.

“Kerajaan telah memutuskan supaya Allahyarham Tun Hajjah Rahah diberi penghormatan Istiadat Pengebumian Negara,” katanya.

Sementara itu, JPM berkata, pakaian bagi pelawat lelaki Islam adalah baju kebangsaan warna hitam, bersamping hitam tanpa sebarang corak dan bersongkok hitam manakala bagi bukan Islam adalah lounge suit gelap.

JPM berkata, pakaian bagi pelawat wanita Islam adalah baju kurung atau kebaya labuh warna gelap dengan tudung putih manakala bagi bukan Islam pakaian sopan warna gelap dan berselendang putih.

“Selain itu, pakaian lain yang bersesuaian juga boleh dipakai,” katanya.

Allahyarham Tun Rahah adalah balu kepada bekas Perdana Menteri Malaysia ke-2, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.

Allahyarham dilahirkan pada 11 Jun 1933 di Muar, Johor dan meninggal dunia pada usia 87 tahun di Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur, pukul 4.45 petang semalam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI