fbpx

Nenek 73 tahun mangsa Love Scam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh MOHD. SHAHRULANOOR ISHAK

BENTONG – Nenek berusia 73 tahun di sini kerugian RM61,500 selepas diperdaya cinta lelaki lebih muda ketika kejadian semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa mula berkenalan dengan suspek sejak April lalu.

“Pada April, mangsa telah berkenalan dengan lelaki bernama Kelvin Chen Lee melalui Facebook dan telah menjalin cinta.

“Kelvin meminta untuk meminjam RM100,000 dan berjanji membayar semula,” ujar beliau menerusi satu kenyataan hari ini.

Mohd. Wazir menambah, mangsa tanpa curiga telah memasukkan RM61,500 melalui empat transaksi di kaunter sebuah bank ke dalam akaun milik individu tidak dikenali.

Ujar Mohd. Wazir lagi, Kelvin seterusnya mengarahkan mangsa memasukkan baki wang ke dalam nombor akaun milik individu berbeza di bank berlainan.

“Di kaunter bank itu, pihak bank memaklumkan nombor akaun tersebut milik scammer (penipu) dan menasihati mangsa supaya membuat laporan polis,” katanya.

Mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI