fbpx

Transit hotel sebelum sindiket hantar pulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian PATI warga Indonesia yang dicekup di sebuah hotel bajet sekitar Klang.

KLANG – Taktik sindiket penyeludupan warga asing menjadikan sebuah hotel bajet sebagai transit terbongkar dalam serbuan di sekitar daerah ini baru-baru ini.

Dalam serbuan pukul 12.30 tengah malam pada Sabtu lalu membawa penahanan 40 individu termasuk dua tekong darat warga tempatan berusia setahun hingga 50an.

Turut diberkas adalah ketua sindiket tersebut yang merupakan warga Indonesia dan tidak mempunyai dokumen perjalanan diri.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, pihaknya terlebih dahulu menyerbu lokasi tersebut untuk mengesan suspek dalam Op Lejang.

Katanya, pemeriksaan di tujuh buah bilik hotel kemudiannya menjumpai 38 warga Indonesia disyaki pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk seorang kanak-kanak lelaki.

Difahamkan mereka baharu dua hari menginap di hotel tersebut.

“Hasil pemeriksaan kesemua warga asing itu mendapati visa telah tamat tempoh dan tidak mempunyai dokumen diri serta ditransitkan di hotel berkenaan sebelum dihantar pulang melalui jalan tidak diwartakan.

“Ketujuh-tujuh bilik itu disewa oleh salah seorang tekong darat warga tempatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, siasatan lanjut juga mengesan seorang lelaki daripada kumpulan PATI itu yang menjadi ketua sindiket penyeludupan migran tersebut.

Tambah Nurulhuda, peranan ketua sindiket itu adalah mengutip wang daripada PATI dan menguruskan tempat tinggal sementara serta mengaturkan tarikh sesuai untuk dihantar pulang menggunakan bot.

“Modus operandi sindiket yang telah beroperasi selama enam bulan itu adalah memperkenalkan diri sebagai ejen yang boleh menguruskan PATI pulang ke Indonesia.

“Bayaran dikenakan kepada setiap PATI adalah di antara RM1,200 hingga RM2,500 mengikut jarak perjalanan,” jelasnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM). -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI