fbpx

Selamba remedi 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOE FLIZZOW dan Mc Syze.

PETALING – Penyanyi rap, Mc Syze menganggap kemuncukan perdana bersama ikon muzik rap Malaysia merupakan sebuah penghargaan yang tidak ternilai buat dirinya.

Melalui single terbaharunya berjudul Selamba, kedua penyanyi itu berpadu suara memberikan penawar buat khalayak terutamanya masyarakat Malaysia yang berhadapan dengan pelbagau dugaan tahun ini.

Menurut Syze, dia berbesar hati memilih Joe untuk menjadi penyanyi undangan istimewa dalam lagu berkenaan kerana perkataan ‘selamba’ itu sendiri sangat menepati karakter Joe Flizzow.

Bagi Joe Flizzow sendiri, Selamba merupakan remedi untuk segala ujian sepanjang tahun 2021.

”Ini merupakan kombinasi yang sesuai dan lagu ini senang didengar. Muzik selalu menjadi penawar untuk banyak perkara. Selamba, saya rasakan satu penawar yang hebat untuk mengakhiri 2020”, ujar Joe Flizzow.

Buat Mc Syze, dia juga turut mengharapkan masyarakat dapat menyesuaikan pola fikir selamba untuk tahun 2021 yang lebih progresif.

“Saya membesar dengan mengikuti dan mendengar lagu-lagu Too Phat. Joe merupakan seorang ikon dalam industri malah idola ramai orang termasuk saya. Segalanya tentang Joe merangkumi perkataan selamba dan memang kena betul dengan karakternya.

Cara Joe menulis juga tidak terlalu sukar. Senang untuk pendengar dan masyarakat hadam dan menyanyikan semula. Joe merupakan mentor yang hebat untuk saya dari tahun 2004 hingga sekarang,” ujar Syze mengenai kolaborasi tersebut.

Muzik video lagu Selamba yang akan ditayangkan secara perdana malam ini telah diarahkan oleh ATG yang sedang membina gelombang dalam industri tempatan dengan menyalurkan visual dan hasil kerja kreatif untuk artis-artis seperti Zamaera dan Luqman Podolski.

Muzik video berdurasi lima minit 10 saat tersebut akan dilancarkan pada pukul 10 malam ini menerusi laman YouTube MC SYZE. Turut menampilkan Sonaone, Darren Ashley, Orumari dan Azique Beats, semestinya muzik video berkonsep filem pendek tersebut tidak patut dilepaskan untuk menjadi tontonan masyarakat.

Selamba dalam konotasi bahasa Melayu mempunyai pelbagai maksud dan bergantung kepada bagaimana seseorang menggunakan perkataan itu dalam konteks masing-masing.

Bagi Syze, selamba bermaksud santai, tenang dan fokus. Dengan menjadi selamba, Syze berjaya mengatasi halangan dan mencapai kemajuan positif dalam kariernya. Dia juga berhasrat untuk mendorong masyarakat menyesuaikan diri dengan pola fikir Selamba ini kerana dengan hanya menjadi selamba, seseorang dapat membuat keputusan yang lebih bijak untuk 2021 dengan lebih progresifmemandangkan 2020 akan dikenang sebagai tahun penuh cabaran buat semua.

“Menurut saya, pada akhirnya sesebuah lagu kena sedap, tidak kiralah dengan siapa kita nyanyikan. Kekuatan lagu ini terletak pada melodi dan merupakan sesuatu yang segar untuk industri muzik. Lagu ini mempunyai elemen R&B dan rap. Boleh saya katakann bahawa genre RnB sudah semakin kurang di Malaysia. Lagu ini memang sesuatu,” ulas Joe tentang Selamba. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI