fbpx

PKPB di Selangor, Sabah dan beberapa lagi tempat dilanjutkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

PETALING JAYA – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi seluruh negeri Selangor, Sabah, Wilayah Persekutuan, di Negeri Sembilan, Seremban dan Port Dickson, di Johor di Johor Bahru, Batu Pahat dan Kulai, serta di Pulau Pinang di Mukim 12 (Barat Daya) dan Mukim 13 (Timur Laut) di Perak di Ipoh dan Chemor, dilanjutkan sehingga 31 Disember depan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tempoh PKPB tersebut akan disambung semula bermula 21 sehingga 31 Disember.

“Sementara itu pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilanjutkan di Persiaran Paya Terubong (Relau), Mukim 13 (Timur Laut), Kawasan Flat Desa Bistari Blok A dan B, Batu Uban (Mukim 13 (Timur Laut) sehingga 31 Disember depan.

“Selain itu, Depot Tahanan Imigresen Langkap dan Kuarters Kakitangan di Perak, Penjara Seremban dan Kuarters Penjara Seremban, Negeri Sembilan juga dilanjutkan PKPD sehingga 31 Disember depan,” katanya dalam sidang akhbar harian di sini hari ini.

Tambahnya Penjara Kluang dan Kuarters Penjara Kluang di Johor akan dikenakan PKPD berkuatkuasa esok hingga 31 Disember depan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI