fbpx

MR D.I.Y. lancar 46 gedung baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Peruncit perkakas rumah terbesar di Malaysia, MR D.I.Y. Group (M) Bhd. (MR D.I.Y.) bakal melancarkan 46 cawangan baharu MR. D.I.Y., MR. TOY, dan MR. DOLLAR di seluruh negara pada hujung minggu ini.

Sempena acara pembukaan rasmi selama tiga hari bermula 18 hingga 20 Disember, pelanggan ditawarkan 50,500 hadiah percuma bernilai lebih RM1.5 juta di kesemua cawangan berkenaan yang terletak di Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Perak, Perlis, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang dan Sarawak.

MR D.I.Y. Group kini mempunyai lebih 710 cawangan di negara ini.

Naib Presiden Pemasaran MR D.I.Y. Group, Andy Chin berkata, pembukaan cawangan baharu meliputi 32 premis MR. D.I.Y., tujuh premis MR. TOY dan tujuh kedai MR. DOLLAR itu telah membuka 700 peluang pekerjaan buat komuniti setempat.

“Acara pembukaan rasmi yang dibuat sebelum ini memperlihatkan rakyat Malaysia sentiasa mengalu-alukan jualan hebat dan ini mendorong kami untuk mempercepatkan rancangan perkembangan syarikat.

“Ia diadakan sebelum pe­rayaan hujung tahun, iaitu sam­butan Krismas dan musim kembali ke sekolah yang membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia merebut tawaran menarik pada harga rendah tanpa menjejaskan dompet mereka,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Andy

Menurut Andy, pelanggan hanya perlu membuat pembe­lian minimum RM30 dalam satu transaksi untuk mendapat pelbagai hadiah eksklusif di setiap tiga jenama di bawah kumpulan MR D.I.Y.

Ia termasuk payung dan bantal di MR. D.I.Y., mainan lembut dinosaur serta set mainan doktor dan dapur di MR. TOY, manakala pelanggan di MR DOLLAR diberikan Milo 3 dalam 1 dan bijirin sarapan Koko Krunch.

Hadiah terhad kepada 400 penebusan pertama setiap hari di 46 cawangan terlibat dan perkembangan terkini boleh didapati di platform media sosial Facebook serta Instagram @MR DIY.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI