fbpx

Rezeki bertambah jual barang permainan kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Faisal Siregar menunjukkan kereta elektrik yang terdapat di kedai permainannya di Taman Sikamat Jaya, Seremban baru-baru ini.

SEREMBAN – Rahmat di sebalik pandemik Covid-19, seorang peniaga pasar malam kini berjaya mengubah kehidupannya selepas menceburi bidang perniagaan baharu yang lebih berpotensi, malah mendekatkan dirinya dengan alam kanak-kanak.

Bekas peniaga barangan terpakai, Faisal Siregar Himam, 30, mula membuka sebuah kedai permainan akhir tahun 2021 ke­rana melihat permintaan terhadap barang permainan kanak-kanak terus meningkat meskipun dalam keadaan kegawatan.

Bersandarkan ilmu berniaga, pengalaman dan modal seba­nyak RM80,000, usahawan ini berjaya memiliki sebuah lot kedai di Taman Sikamat Jaya di sini.

“Selepas tujuh bulan berope­rasi, perolehan jualan di kedai ini telah mencecah sehingga RM300,000, malah pada musim perayaan, nilai jualan mampu mencecah sehingga RM60,000 sebulan,” katanya ketika ditemui di kedainya baru-baru ini.

Faisal Siregar yang mendapatkan stok barangan dari luar negara itu menjelaskan, barang mai­nan untuk kanak-kanak berusia satu hingga tiga tahun telah mendapatkan permintaan yang tinggi dalam kalangan pembeli selain pilihan utama mereka adalah kereta elektrik.

Tambah Faisal Siregar, bersandarkan maklum balas daripada pelanggan berhubung kedai mainan tersebut di kawasan perumahan, mereka lebih mudah membeli barang permainan yang dikehendaki kerana tidak perlu berkunjung ke pasar raya yang agak jauh dari kawasan ber­kenaan.

Tidak menolak persaingan yang sengit daripada jualan barangan mainan di platform online, beliau berkeyakinan terhadap penguasaan pasarannya yang tersendiri yang mampu ­menyokong perniagaannya.

Dalam pada itu, beliau bercadang untuk membuka cawangan kedai permainan baharunya di Lukut, Port Dickson pada tahun hadapan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI