fbpx

Kerajaan jimat RM500 juta jika sistem kontrak premis kerajaan dihapuskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
M. Sivaranjani (dua kiri) menyerahkan memorandum menggesa kerajaan menghapuskan sistem kontrak di premis-premis kerajaan kepada Julina Johan (kanan) di pekarangan Kementerian Kewangan di Putrajaya, hari ini.

PUTRAJAYA – Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) menggesa kerajaan menghapuskan sistem kontrak di premis-premis kerajaan supaya mengembalikan jaminan kerja kepada pekerja-pekerja perkhidmatan sokongan.

Penyelaras JKPP, S. Arutchelvan berkata, sehingga kini terdapat kira-kira 250,000 pekerja kontrak di seluruh negara yang bertugas dalam perkhidmatan sokongan seperti pekerja pembersihan, tukang kebun dan pengawal keselamatan yang bertugas di premis kerajaan.

Katanya, sistem kontrak itu hanya mula dilaksanakan pada tahun 1997 yang mana sebelum itu, semua pekerja merupakan kakitangan kerajaan dengan adanya jaminan kerja.

“Selama ini, kita selalu diberitahu bahawa penswastaan adalah sesuatu yang baik untuk penjimatan wang kerajaan, tetapi ia adalah sebaliknya.

“Berdasarkan kajian JPKK, pada tahun 2019, kerajaan membayar sebanyak RM1.5 bilion kepada kontraktor kawalan keselamatan untuk semua sekolah di Malaysia, tetapi kontraktor ini hanya membayar lebih kurang RM1 bilion kepada pekerja-pekerja mereka.

“Jika kerajaan menyerap balik pekerja-pekerja kontrak ini, kerajaan boleh jimat RM500 juta, malah dapat memberi jaminan kepada pekerja-pekerja kita untuk menikmati hak yang lebih baik,” katanya selepas menyerahkan memorandum kepada Kementerian Kewangan di sini semalam.

Memorandum berkenaan telah diserahkan kepada Ketua Komunikasi Korporat, Julina Johan. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI