fbpx

Ibu saudara durjana diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tijal yang diburu polis kerana disyaki mendera anak saudara perempuannya.

KLANG – Seorang wanita diburu polis selepas disyaki mendera anak saudara perempuannya sendiri sejak dua tahun lalu.

Suspek dikenali sebagai Maria atau Tijal berusia 40an dan merupakan warga kemboja dengan alamat terakhir di B-3-10, Tingkat 4, Blok B, Flat Taman Kapar Setia, Kapar di sini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, berdasarkan laporan mangsa berusia 16 tahun mendakwa suspek sering dipukul dengan kayu di bahagian kepala, telinga digunting sehingga putus separuh serta disimbah air panas di tangan kirinya.

Katanya, penderaan itu menyebabkan mangsa mengalami kesakitan dan lebam di bahagian kepala, muka dan tangan kiri.

“Mangsa telah dibawa ke balai polis oleh seorang sukarela yang membantu komuniti kemboja di negara ini serta mempunyai hubungan rapat dengan kedutaan Kemboja.

“Sukarelawan itu telah melihat sebuah video di dalam kumpulan aplikasi WhatsApp menunjukkan mangsa didera oleh Tijal,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, Nurulhuda meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil menghubungi pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan M. Sathiyaseelan di talian 012-5197913.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI