fbpx

Ustaz ditahan cium pipi lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Seorang ustaz sebuah sekolah pondok ditahan selepas dipercayai mencabul ahli perniagaan lelaki dalam kejadian di sebuah bilik di Jalan Pantai Cahaya Bulan di sini semalam.

Suspek yang berusia 32 tahun itu ditahan di sebuah madrasah di Machang dipercayai tempat dia mengajar kira-kira pukul 3 petang semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, siasatan awal mendapati, mangsa keluar minum bersama suspek dengan menaiki kereta ustaz berkenaan pada pukul 11 malam kelmarin.

Katanya, selepas pertemuan tersebut, suspek telah menghantar mangsa ke bilik hotel berkenaan pada pukul 1.15 pagi semalam sebelum bertindak mencabul ahli perniagaan itu.

“Semasa berada di tempat kejadian, suspek bertindak mencium pipi mangsa serta mencabulnya.

“Mangsa yang tidak berpuas hati dengan tindakan suspek telah membuat laporan polis selepas kejadian itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Shafien, mangsa yang berusia 30 tahun dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Katanya, siasatan mendapati, mangsa masih bujang dan mengenali suspek dua hari sebelum kejadian semasa berada di sebuah kompleks beli-belah di sini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan kerana melakukan kelucahan melampau dan suspek kini telah ditahan reman empat hari bermula hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI