fbpx

Perkhidmatan feri Pulau Pinang diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan feri di Pulau Pinang akan diteruskan seperti mana dinyatakan dalam syarat bagi pembiayaan kerajaan kepada Pelabuhan Pulau Pinang.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata kerajaan meluluskan RM30 juta kepada Pelabuhan Pulau Pinang bagi mengambil alih perkhidmatan feri tersebut.

“Saya sahkan peruntukan itu seperti yang diluluskan akan dibayar secara dua ansuran tahunan yang mana RM15 juta untuk 2021 akan dibayar pada 2021 sebagaimana diluluskan dalam Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021.

“Baki RM15 juta lagi akan disediakan kerajaan. Kerajaan akan memastikan Pelabuhan Pulau Pinang disyaratkan untuk meneruskan perkhidmatan feri Pulau Pinang yang ikonik dan berwarisan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan RUU Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Covid-19) 2020 yang dibangkitkan Lim Guan Eng (PH-Bagan) pada sesi perbahasan sebelum itu di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang mengumumkan perkhidmatan feri Pulau Pinang yang menghubungkan tanah besar di Seberang Perai dengan bahagian pulau negeri itu sejak 126 tahun lalu akan diganti dengan bot penumpang laju bermula 1 Januari depan.

Feri sedia ada pula hanya akan digunakan sebagai medium pengangkutan kepada pengguna basikal dan motosikal bermula pada tarikh sama.- K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI