fbpx

Bot nelayan Vietnam di perairan Kuala Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BOT nelayan Vietnam yang ditahan APMM pada kedudukan 133 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Kerakusan sebuah bot nelayan Vietnam terus menjarah hasil laut negara walaupun pada musim tengkujuh terbantut apabila berjay ditahan Maritim Malaysia (APMM) semalam.

Bot yang dikendalikan tiga kru warga Vietnam berusia dalam lingkungan 28 hingga 30 tahun itu telah ditahan pada pukul 11 pagi.

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd. Ramli berkata, kesemua suspek ditahan pada kedudukan 133 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu dekat sini.

“Pemeriksaan mendapati kesemua nelayan asing itu tidak memiliki dokumen perjalanan dan permit kerja yang sah.

“Bot nelayan itu juga tidak mempunyai kebenaran oleh Jabatan Perikanan untuk menangkap ikan di perairan negara,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Maritim Terengganu di sini hari ini.

Muhammad Suffi berkata, APMM telah merampas minyak diesel, peralatan menangkap ikan dan bot yang keseluruhannya bernilai kira-kira RM1.5 juta.

Menurut beliau, bot nelayan Vietnam tersebut telah ditunda ke Jeti Pejabat Maritim Terengganu di sini untuk tindakan lanjut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI