fbpx

Saya tak mengandunglah – Elfira Loy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ELFIRA menafikan dirinya berbadan dua menerusi InstaStory.

PETALING JAYA – Pelakon Elfira Loy disangka hamil selepas memuat naik status dalam InstaStory memaklumkan dirinya berasa mual dan berasa ingin muntah.

Elfira, 26, bagaimanapun menerusi satu lagi perkongsian InstaStory menjelaskan status berkenaan bukan bermaksud dia kini sedang berbadan dua.

“Minta maaf kerana membunuh keterujaan kalian tetapi saya tidak mengandung. Sebab sekarang saya sedang datang bulan.

“Saya tidak akan guna lagi perkataan muntah selepas ini, jika tidak kiriman mesej saya dipenuhi dengan pertanyaan peminat ‘DAH MENGANDUNG KE’,” tulisnya menjelaskan kekeliruan.

Pelakon itu mempunyai seorang cahaya mata, Muhamad Rayyan Khalaf yang kini berusia setahun dua bulan hasil perkahwinan dengan suami, Muhamad Faris Khairol Anwar pada 1 Januari tahun lalu.

K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI