fbpx

SLWOT dibuka semula Sabtu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sunway Lost World of Tambun akan dibuka semula kepada orang ramai Sabtu ini.

IPOH – Taman tema air terkenal, Sunway Lost World Of Tambun (SLWOT) di sini dibuka semula sepenuhnya kepada pengunjung bermula Sabtu ini dengan penambahbaikan beberapa garis panduan sebagai langkah pencegahan.

Pengurus Besar SLWOT, Nurul Nuzairi Mohd. Azahari berkata, selain pematuhan ketat prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan, pihaknya turut melakukan beberapa tambahan langkah pencegahan.

“Slogan ‘State Of Play’ telah diperkenalkan di LWOT di mana garis panduan yang dilaksanakan menjadikan taman tema tersebut selamat untuk dikunjungi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pengunjung juga boleh menempah serta membeli tiket secara online di laman web rasmi SLWOT di samping menikmati rebat istimewa sehingga 40 peratus bagi penempahan bilik di laman www.sunwaylostworldoftmbun.com.

Taman tema ini ditutup buat sementara sebagai langkah keselamatan pada Oktober lalu selepas seorang daripada pengunjungnya disyaki dijangkiti Covid-19. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI