fbpx

Aksem rampas 10,540kg minyak masak bersubsidi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aksem mematahkan cubaan menyeludup 10,540 kg minyak masak ke Thailand  berhampiran ICQS Padang Besar pada pagi tadi.

PADANG BESAR – Cubaan lima lelaki warga Thailand untuk menyeludup minyak masak bersubsidi ke negara jiran berjaya dipatahkan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) di sini hari ini.

Rampasan 10,540 kilogram (kg) minyak masak itu dilakukan berhampiran Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar kira-kira pukul 11.30 pagi.

Kesemua peket minyak masak itu disembunyikan di belakang barangan makanan lain di dalam lima buah pikap jenis Toyota Hilux.

Komander Aksem Perlis, Deputi Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, pihaknya memintas lima pikap yang membawa minyak masak tersebut selepas mereka melepasi ICQS Padang Besar.

Katanya, minyak masak berkenaan disembunyikan di belakang barangan makanan seperti serbuk kunyit, minuman, tepung, mi segera dan sebagainya.

“Sebanyak 620 kotak minyak masak yang bernilai RM26,350 dirampas.

“Kita turut merampas lima pikap terlibat yang menjadikan jumlah keseluruhan rampasan termasuk minyak masak RM451,349,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI