fbpx

Hanya 2,000 sukarelawan aktif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rina (tengah) bergambar bersama Sukarelawan Belia Malaysia pada Program Rakan Muda 'Give Back' sempena Hari Sukarelawan Belia Malaysia Peringkat Negeri Selangor di Balairaya Kampung Salak Tinggi, Sepang di sini, hari ini. GAMBAR : FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kerajaan berharap dapat menambah jumlah sukarelawan bagi membantu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk aktif ‘turun padang’ menyantuni golongan sasar.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, usaha itu juga diharap memupuk semangat kesukarelawanan dalam kalangan rakyat.

Ini termasuk kerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan melalui program Rakan Muda ‘Give Back’ yang diwujudkan Jabatan Belia dan Sukan bagi menambah sukarelawan baharu.

“Ketika ini, JKM sudah ada 11,559 sukarelawan berdaftar, namun daripada jumlah itu, hanya lebih 2,000 orang yang terlibat aktif dalam program Khidmat Bantu di Rumah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan Program Rakan Muda ‘Give Back’ melibatkan 20 peserta di Balai Raya Kampung Salak Tinggi di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI