fbpx

Bekas general Israel dakwa makhluk asing wujud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Imej planet Marikh yang dirakam Organisasi Penyelidikan Angkasa India pada 30 September 2014. - AFP

OTTAWA – Bekas jeneral tentera yang pernah menjadi ketua program keselamatan angkasa Israel mengesahkan kewujudan makhluk asing dan sebuah Persekutuan Angkasa Lepas baru-baru ini, lapor laman berita Ottawa News.

Profesor Haim Eshed berkata, Amerika Syarikat (AS) dan Israel dikatakan telah berurusan dengan makhluk asing sejak beberapa tahun lalu dan mendakwa terdapat bilik kebal bawah tanah di planet Marikh yang menempatkan wakil dalam kalangan manusia dan hidupan angkasa berkenaan.

“Objek Terbang Tidak Dikenali pernah meminta supaya perkara ini tidak didedahkan kerana manusia belum bersedia menerima kenyataan tersebut,” katanya kepada akhbar berbahasa Hebrew, Yediot Aharonot.

Menurut Eshed, Presiden AS, Donald Trump mengetahui mengenai perkara tersebut dan hampir membongkarkan rahsia berkenaan, namun Persekutuan Angkasa Lepas sempat menghentikannya.

“Persekutuan Angkasa Lepas mahu menghentikan tragedi histeria secara besar-besaran kerana mereka percaya manusia perlu berkembang hingga mencapai tahap memahami apa itu angkasa lepas dan kapal angkasa.

“AS turut menandatangani perjanjian bersama makhluk asing supaya mereka boleh membuat eksperimen di Bumi,” ujarnya.

Tambah Eshed, beliau memilih untuk mendedahkan perkara tersebut sekarang berikutan perubahan lanskap yang berlaku dalam dunia akademik.

“Sekiranya pendedahan ini dilakukan lima tahun lalu, saya mungkin akan dihantar ke hospital sakit jiwa.

“Pemikiran manusia sekarang sudah berubah dan saya tidak ada apa-apa yang perlu dirisaukan kerana sudah mempunyai ijazah serta memperoleh pelbagai anugerah selain dihormati di universiti luar negara,” katanya.

Sementara itu, pentadbiran Trump pada tahun lalu mewujudkan sayap keenam dalam angkatan tentera AS iaitu Angkatan Tentera Angkasa.

Trump berkata, AS dikatakan merupakan peneraju dalam pertahanan angkasa lepas yang bakal menjadi antara bidang utama pada masa hadapan.

Angkatan Tentera Angkasa diwujudkan bagi memberi tumpuan terhadap aset ketenteraan angkasa AS di samping melakukan penyelenggaraan satelit dan komunikasi khusus dalam geo-politik. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI