fbpx

THT guna khidmat pemain tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANJAE (tengah) dan Jonghyun (kiri) tidak akan mewarnai saingan MHL bersama THT musim depan disebabkan kekangan kewangan yang dihadapi oleh kelab berkenaan. – TERENGGANU HOCKEY TEAM

Oleh TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF

NAIB juara Piala TNB, Pasukan Hoki Terengganu (THT) bakal bersaing dalam saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) musim depan tanpa khidmat pemain import.

Bukan itu sahaja, pemangku Presiden Persatuan Hoki Negeri Terengganu, Mohd. Fikri Harun mengakui, kemungkinan besar skuad elit itu juga tidak mampu untuk mengekalkan sebahagian besar bintang tempatan ekoran kekangan kewangan.

“Sebelum ini, THT diperkuatkan dengan empat tonggak import berkelas dunia iaitu Jang Jonghyun dan Jung Manjae dari Korea Selatan selain dua pemain Pakistan, Ammad Shakeel Butt serta Muhammad Umar Bhutta.

“Begitupun, kita mungkin terpaksa menggunakan ramai muka baharu disebabkan bajet THT musim depan telah dikurangkan 50 peratus. Status pemain tempatan berpengalaman juga masih samar,” katanya kepada Kosmo! di Kuala Terengganu semalam.

Mohd. Fikri mengakui, situasi tersebut memberi tamparan hebat kepada THT untuk mengekalkan kecemerlangan yang pernah diraih mereka menjelang saingan MHL 2021 yang akan bermula 8 Januari ini.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, kekangan itu tidak akan mematahkan semangat THT yang tetap meletakkan sasaran mencapai kedudukan terbaik dalam saingan MHL 2021 selain merampas gelaran Piala TNB.

“Ia sukar untuk THT, namun kita perlu akur dengan kedudukan kewangan semasa kelab.

“Semuanya akan menjadi cabaran untuk bersaing dalam MHL musim depan,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI