fbpx

Lapor kes rasuah, salah guna kuasa di sempadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shaharom Nizam memasang pelekat Jangan Rasuah pada cermin lori sempena Hari Anti Rasuah Antarabangsa di ICQS Bukit Kayu Hitam hari ini.

BUKIT KAYU HITAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah setakat ini belum menerima maklumat mahupun aduan berhubung kes rasuah atau penyalahgunaan kuasa membabitkan kegiatan penyeludupan di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini.

Pengarahnya, Datuk Shaharom Nizam Abd. Manap berkata, pihaknya bagaimanapun sentiasa memantau pergerakan di sempadan selain mengalu-alukan maklumat daripada orang ramai berhubung kegiatan tersebut.

“Kalau setakat orang bercakap biasa itu ada, tetapi tiada aduan dan maklumat sebenar tentang kejadian, jadi kita minta orang ramai agar melaporkan sebarang salah laku di sempadan kepada SPRM untuk tindakan lanjut.

“Jangan takut untuk beri maklumat kerana kita mengamalkan kerahsiaan identiti pemberi maklumat,” katanya pada sidang akhbar selepas mengedarkan risalah dan pelekat kenderaan sempena Hari Anti Rasuah Antarabangsa 2020 di laluan kenderaan berat Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam di sini hari ini.

Dalam pada itu, kata beliau, SPRM negeri menerima sebanyak 339 maklumat pelbagai kesalahan sejak Januari lalu hingga bulan lepas.

“Daripada jumlah itu, kita melakukan siasatan awal ke atas 163 maklumat yang diterima dengan 73 tangkapan melibatkan 30 penjawat awam manakala selebihnya pekerja swasta dan orang awam,” katanya.

Tambahnya, sebanyak 44 kertas siasatan dibuka antaranya melibatkan kesalahan rasuah, tuntutan palsu dan salah guna kuasa.

“Penyitaan dan pembekuan aset termasuk wang tunai bagi keseluruhan kes pada tahun ini bernilai RM1.6 juta,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI