fbpx

2,742 rakyat Malaysia ditahan di luar negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seramai 2,742 rakyat Malaysia sedang ditahan di luar negara atas pelbagai kesalahan.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamaruddin Jaffar berkata, lebih separuh daripada mereka ditahan berkaitan kes dadah.

“Kesalahan utama adalah kes dadah melibatkan 1,434 orang, kes penipuan (406), kes kad kredit palsu (132), kesalahan kastam (89) dan kesalahan imigresen (66),” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawan soalan Ahli Parlimen Serian, Datuk Seri Richard Riot Jaem mengenai jumlah warga Malaysia yang ditahan di luar negara.

Kamaruddin berkata, kerajaan sentiasa prihatin terhadap kebajikan setiap rakyat Malaysia di luar negara dan bersedia menghulurkan bantuan sewajarnya.

Bagaimanapun, katanya, perwakilan Malaysia di luar negara perlu menghormati proses perundangan tempatan dan tidak boleh mencapuri hal ehwal perundangan negara lain.

“Seseorang yang ditahan di negara asing perlu bersedia melalui proses perundangan di negara tersebut,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI