fbpx

UTeM sasar RM5 juta jual nombor plat kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Dr. Raha Abdul Rahim menunjukkan nombor plat UTEM 2020 selepas merasmikan majlis pemakluman pembukaan bidaan di Dewan Auditorium Canselori, Universiti Teknikal Malaysia Melaka ( UTeM), Durian Tunggal.- Foto : RASUL AZLI SAMAD

ALOR GAJAH – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) membuka bidaan nombor plat kenderaan eksklusif serendah RM450 hingga RM30,000 secara atas talian bermula esok sehingga 14 Disember bagi fasa pertama.

Nombor pendaftaran UTEM1-UTEM9999 ditawarkan menerusi lima kategori iaitu platinum; diamond; gold; silver dan bronze melalui sistem ebida UTeM di laman khas iaitu ebida.utem.edu.my.

Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Dr. Raha Abdul Rahim berkata, penjualan nombor plat UTeM itu merupakan salah satu inisiatif menjana pendapatan dan menyasarkan pulangkan sebanyak RM5 juta bagi penjualan dalam tempoh tiga tahun.

“Inisiatif penjanaan ini juga amat bertepatan dengan keadaan semasa UTeM yang pada suku ketiga tahun ini telah berdepan pengurangan bajet mengurus semasa sebanyak 56 peratus dan bagi suku keempat pula menerima pengurangan sebanyak sembilan peratus.

“Lantaran itu, kita menyasarkan pulangan hasil sebanyak RM5 juta kepada universiti bagi penjualan nombor plat eksklusif ini dalam tempoh tiga tahun bagi membantu universiti menjalankan penyelidikan dan pembangunan sendiri,” katanya selepas melancarkan nombor pendaftaran tersebut di sini hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UTeM, Prof. Dr. Zulkifilie Ibrahim; Bendahari UTeM, Khairul Taib dan Ketua Bahagian Perlesenan Kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan negeri, Arshad Arbi.

Menurut Raha, penjualan nombor pendaftaran itu juga merupakan salah satu usaha universiti untuk mempromosi dan meningkatkan lagi visibiliti UTeM kepada masyarakat luar.

“Sesi bidaan bagi semua kategori nombor akan bermula pada 2 Januari sehingga 7 Januari tahun depan selepas dilancarkan Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam yang juga Canselor UTeM

“Rebat sebanyak RM100 juga disediakan kepada staf, pelajar, alumni dan pesara UTeM yang berjaya membida nombor plat dengan setiap seorang hanya layak bagi satu nombor sahaja,” katanya.

Tambahnya, nombor plat itu juga mempunyai nilai sentimental kepada warga UTeM sendiri terutamanya mereka yang telah bersama dengan pihak universiti dalam keadaan susah dan senang.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI