fbpx

Penganggur didakwa mahu terajang, pijak muka ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Afandi

MELAKA – Padah cuba menggertak kakaknya dengan mengugut mahu menerajang, memijak muka ibu mereka, seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini hari ini.

Tertuduh Mohd. Afandi Hasnan, 34, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap ibunya yang berusia 62 tahun dengan mengatakan ‘kalau aku dapat engkau aku tarik macam babi, aku kerjakan engkau, aku terajang kau, aku pijak muka kau, aku minta duit kau tak bagi’, bagi tujuan menakutkan kakaknya.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh kira-kira pukul 10 malam di hadapan sebuah rumah di Jalan Raja Haji 2, dalam daerah Melaka Tengah pada 1 Ogos lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua- duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Raudhah Mazman mencadangkan jaminan sebanyak RM5, 000 berserta syarat tambahan hanya ibu dibenarkan sebagai penjamin.

Tertuduh yang diwakili peguam Amritpal Singh, bagaimanapun merayu agar jaminan rendah diberikan kepada tertuduh dengan alasan anak guamnya tiada pekerjaan tetap.

Selepas mendengar hujah kedua pihak, Mohamad Izwan kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2, 000 berserta syarat tambahan tidak mengganggu mangsa dengan apa-apa medium serta perlu melapor diri di balai polis berhampiran sehingga kes selesai.

Beliau turut menetapkan tarikh 11 Januari depan untuk sebutan semula kes. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI