fbpx

Kolam ikan keli jadi punca empat loji dihenti tugas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Loy Sian ( dua kanan) membau sampel air yang diambil daripada kolam ikan keli di Rawang.

RAWANG – Pencemaran terbaharu yang menyebabkan empat buah loji iaitu Loji Rawatan Air (LRA) Selangor Fasa 1 (SSP1), SSP2, SSP3 dan LRA Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas hampir lima jam bermula malam tadi disebabkan kolam penternakan ikan keli tanpa lesen di sini.

Kejadian tersebut disyaki akibat pelepasan sisa pembuangan sebuah kolam daripada 57 buah kolam di kawasan tersebut yang menyebabkan pencemaran bau pada paras 4 ton di Sungai Selangor.

Kawasan kolam tersebut adalah seluas 45 hektar dan diusahakan Syarikat Pinang Kasturi sejak 2004 menerusi pajakan selama 99 tahun.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Selangor, Hee Loy Sian berkata, tindakan tidak bertanggungjawab itu mengakibatkan LRA Rantau Panjang dihenti tugas pukul 11.30 malam disusuli tiga buah loji fasa Sungai Selangor pukul 1 pagi.

Katanya, ketika keempat LRA itu ditutup didapati bacaan pencemaran bau adalah 1 ton.

“Skuad pantas Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) dan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) yang memeriksa punca pencemaran tersebut mendapati bau bangkai ikan di Sungai Selangor.

“Siasatan kemudiannya menemui sebuah kawasan penternakan kolam ikan keli seluas 45 hektar yang menjadi punca pencemaran pada jarak 100 meter dari Sungai Selangor,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat kawasan kolam ternakan ikan keli itu di sini hari ini.

Jelas beliau, siasatan lanjut mendapati pemilik kolam itu telah membuang sisa kumbahan itu bagi mengeringkan sebuah kolamnya.

“Hasil siasatan turut mendapati penternakan tersebut tidak mempunyai lesen daripada MDHS dan enam sampel air telah dibawa ke Jabatan Kimia untuk tindakan lanjut.

“Laporan polis turut dilakukan pukul 3 pagi untuk tindakan lanjut,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI