fbpx

Selena Gomez kini sudah ada kekasih baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELENA GOMEZ

SELENA GOMEZ dikhabarkan sedang menjalin hubungan istimewa bersama bintang bola keranjang bernama Jimmy Butler.

Gosip tersebut tersebar selepas kedua-dua mereka dirakam sedang menikmati makan malam bersama di sebuah restoran terkemuka di New York, Amerika Syarikat.

Menurut laporan majalah hiburan E!, bekas kekasih kepada penyanyi, Justin Bieber itu telah beberapa kali menghabiskan masa bersama-sama Butler.

Bahkan kedua-dua mereka kelihatan sangat mesra seperti pasangan kekasih.

“Gomez seorang yang bersikap terbuka walaupun kedua-duanya pernah berdepan dengan masalah percintaan sebelum ini,” ujar seorang sumber terdekat penyanyi itu.

Penyanyi yang popular menerusi lagu Lose You To Love Me itu berkemungkinan akan beralih ke fasa yang lebih serius daripada sekadar pasangan kekasih, iaitu berkahwin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI