fbpx

Muat naik status sebelum kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaiton menunjukkan status yang dimuat naik ibu saudaranya, Allahyarham Zainab sebelum maut dalam kemalangan di Pulau Pinang awal pagi semalam.

PENDANG – Ibu mentua kepada pemain skuad Harimau Malaya, Muhammad Syafiq Ahmad sempat memuat naik status “Semoga dipermudahkan perjalanan kami sekeluarga balik Kedah, Amin” di WhatsApp sebelum maut dalam kemalangan.

Dalam kemalangan di Kilometer 163.6, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dekat Sungai Bakap, Nibong Tebal di Pulau Pinang kira-kira pukul 4 pagi semalam itu, Zainab Ahmad, 45, dan cucu lelakinya, Muhammad Aisy Saqeef yang berusia 22 hari terbunuh bersama wanita warga Indonesia, Titik Sukamti, 30-an.

Menurut Zaiton Mat Rashid, 48, ibu saudaranya, Allahyarham Zainab dipercayai memuat naik status itu sebelum bertolak pulang ke Pendang dari Johor Bahru kira-kira pukul 10.40 malam, kelmarin.

“Saya memang tidak sabar untuk menunggu kepulangan mak su (Zainab) tetapi yang pulang hanya jenazahnya,” katanya ketika ditemui di rumah keluarga mentua Muhammad Syafiq di Kampung Padang Pusing di sini hari ini.

Selain itu, menurut Zaiton, Muhammad Syafiq ada menceritakan kepada ahli keluarga pada semalam bahawa arwah ada bergurau dengan cucu sulungnya, Aaira Nur Safiyya, 2, sebelum bertolak ke Pendang.

“Arwah melawak dengan berpesan supaya Aaira duduk baik-baik dengan ibu dan abah sebab baby (Muhammd Aisy Saqeef) nak ikut mak tok.

“Kemudian pembantu rumah yang turut meninggal dalam kejadian itu menyampuk yang dia pun mahu ikut mak tok,” katanya.

Dalam kemalangan itu, Muhammad Syafiq yang juga penyerang muda Johor Darul Ta’zim (JDT) dan anak perempuannya, Aaira Nur Safiyya berusia dua tahun hanya cedera ringan.

Isterinya yang sedang berpantang, Nur Amalina Norain, 25, pula cedera parah dan dikejarkan ke HSJ. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI