fbpx

Wanita maut ekzos motosikal bergesel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

ALOR GAJAH – Seorang wanita maut selepas ekzos motosikal ditunggangi bergesel dengan sebuah kereta di Lebuh Alor Gajah- Melaka Tengah- Jasin, di Melekek Simpang Ampat, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira- kira pukul 6 petang itu, mangsa, Zaitun Ab. Ghani, 54, yang bekerja di sebuah kilang telur ayam dekat sini meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan kaki.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Ego LC dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Jalan Kemus, Simpang Ampat dari arah Melaka.

“Kemalangan berlaku apabila sebuah kereta jenis Proton Gen 2 dari arah sama telah melanggar ekzos motosikal ditunggangi mangsa, menyebabkan wanita itu terjatuh dan tercampak.

“Akibat kemalangan itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan kaki,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Alor Gajah bagi proses bedah siasat.

“Motosikal dan kereta tersebut ditahan untuk dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI