fbpx

Pengendali trak tunda turut terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Faizal ketika ditemui mengakui hampir 50 peratus pendapatannya terjejas susulan penguatkuasaan PKP.

SEREMBAN- Sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) dikuatkuasakan bermula Mac lalu pendapatan pengendali trak tunda turut terjejas.

Pemilik Bob Worksyop, Ahmad Faizal Ghani, 41, berkata dia yang memiliki beberapa trak tunda turut merasai kesan PKP kerana kurang kenderaan menggunakan jalan raya.

Katanya, dia berharap kerajaan tidak meminggirkan peniaga-peniaga sepertinya kerana mereka juga turut terkesan sepanjang tempoh itu.

“Sejak bulan Mac hampir 50 pendapatan perniagaan saya terjejas kerana perniagaan ini melibatkan perkhidmatan pengguna di atas jalan raya.

“Bila kenderaan kurang pendapatan kami turut terjejas kerana selain kenderaan kemalangan kami juga turut menunda kenderaan rosak,” katanya ketika ditemui di bengkelnya di Nilai di sini hari ini.

Tambahnya, selain menjalankan operasi trak tunda bengkelnya turut memberikan perkhidmatan membaiki dan mengecat kenderaan.

Bagi pengendali trak tunda, Kamirul Sauda Kamil, 40 pula berkata, hampir separuh pendapatan terjejas kerana PKP.

“Jika sebelum ini kerap mendapat panggilan untuk menunda kenderaan, sekarang lebih banyak termenung daripada keluar menunda,” katanya.

Ujarnya, dia harap jika pihak kerajaan boleh membantu mereka untuk meneruskan kelangsungan hidup.

“Tidak kisah apa-apa insentif pun. Sebab kami pun ada komitmen dan kami turut terjejas,” ujarnya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI