fbpx
FRED (kanan) diarah meninggalkan padang selepas menerima kad kuning kedua ketika United tewas 1-3 kepada PSG awal pagi semalam. – AFP

Solskjaer tersilap percaturan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER – Kesilapan taktikal pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer membawa padah buat pasukan itu apabila tewas 1-3 kepada Paris Saint-Germain (PSG) pada aksi Liga Juara-Juara di Old Trafford awal pagi semalam.

Keputusan tidak mengeluarkan pemain tengah, Fred lebih awal mengundang bencana buat skuad The Red Devils apabila dia diarah keluar padang pada minit ke-70 selepas dilayangkan kad kuning kedua.

Solskjaer tanpa berselindung mengakui Fred bernasib baik tidak dilayangkan kad merah lebih awal selepas pemain Brazil itu menghantuk kepala Leandro Paredes pada minit ke-24.

“Fred bermain baik tetapi saya sudah pesan supaya menampilkan aksi lebih tenang pada separuh masa kedua. Saya juga percaya dia bernasib baik tidak dilayangkan kad merah pada separuh masa pertama.

“Saya akui ada terfikir untuk keluarkannya pada waktu rehat, namun dia adalah pemain yang berdisiplin. Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahinya apabila dilayangkan kad kuning ke­dua,” ujar beliau.

Sementara itu, pengendali dari Norway berkenaan berpendapat Fred langsung tidak berniat untuk mengasari Ander Herrera sebelum diarahkan keluar padang.

“Saya tidak menuduh Ander (Herrera) melakukan provokasi terhadap Fred. Saya fikir Fred sudah boleh mengawal emosi­nya pada separuh masa kedua, namun dikecewakan oleh keputusan pengadil,” katanya. – AGENSI

BERITA BERKAITAN