fbpx

Polis wanita kulit hitam pertama Britain terima anugerah pencapaian sepanjang hayat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
- ALLEN menunjukkan gambarnya ketika bertugas sebagai anggota polis beberapa dekad lalu. - SKY NEWS

LONDON – Seorang bekas anggota polis Britain, Sislin Fay Allen, 82, menjadi wanita kulit hitam pertama menerima anugerah pencapaian sepanjang hayat pada satu majlis di kota raya London baru-baru ini.

Allen merupakan anggota polis wanita kulit hitam pertama di Britain dan kini menetap di Jamaica.

Presiden Persatuan Anggota Polis Kulit Hitam Kebangsaan, Inspektor Andy George berkata, Allen dipilih untuk memenangi anugerah berkenaan kerana perubahan dan sumbangannya dalam bidang kepolisan.

“Anugerah ini sebagai pengiktirafan kepada kesungguhan Allen untuk menjadi seorang anggota polis walaupun berdepan diskriminasi daripada pelbagai pihak.

“Allen merupakan pemangkin kepada perubahan dalam bidang kepolisan dan dia merupakan contoh yang perlu diiktiraf dengan lebih tinggi,” katanya.

George berkata, bilangan anggota polis kulit hitam lelaki dan wanita dilihat agak membimbangkan dan menyeru supaya perubahan besar dapat dilakukan termasuk dalam aspek membina jambatan kepercayaan antara polis dengan masyarakat.

“Ini adalah peluang sekali dalam seumur hidup untuk melihat kepelbagaian dalam bidang kepolisan. Kita perlu membuat ketetapan semula dan mengimbangi bilangan anggota dengan kepadatan komuniti di sesebuah kawasan.

“Kepimpinan polis perlu bangkit dan mengakui masalah ini wujud kerana anda tidak boleh menyelesaikan sesuatu masalah tanpa mengakui kesilapan yang telah dilakukan,” katanya.

Sementara itu, Allen berkata, dia tetap gembira dan berbangga hingga ke hari ini kerana berpeluang menyertai pasukan polis dan berkhidmat kepada masyarakat sejak tahun 1968.

“Saya langsung tidak menjangka akan memperoleh penghargaan seperti ini dan berasa sangat terharu serta berterima kasih kepada setiap anggota polis yang memberikan saya pengiktirafan tersebut,” ujar Allen. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI