fbpx

MDC Asia tambah cawangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aslan (bertali leher) pada pembukaan cawangan klinik gigi MyDental Care di Sunway Giza, Damansara November lalu.

PETALING JAYA – Peneraju perkhidmatan perubatan halal dan patuh syariah swasta, MDC Asia Link Bhd. (MDC Asia) berhasrat membuka lebih banyak cawangan klinik gigi ketika kebanyakan sektor terjejas akibat pandemik Covid-19.

Ketua Pegawai Eksekutif MDC Asia, Dr. Aslan Bacho berkata, pembukaan cawangan klinik gigi kesembilannya, MyDental Care di Sunway Giza, Damansara November lalu membuktikan keyakinan syarikat kepada sektor perubatan di negara ini yang berdaya tahan.

“Bagi saya, industri kesihatan tidak terjejas teruk kerana setiap individu memerlukan rawatan sekiranya mereka tidak sihat dan hal ini termasuk rawatan pergigian.

“Apabila mengalami sakit gigi, daya tahan seseorang tidak lama dan memerlukan mereka hadir ke klinik untuk rawatan.

“Hal ini membolehkan sektor ini sentiasa berkembang ketika kebanyakan sektor lain mengalami kemerosotan,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Menurut Aslan, cawangan baharu MyDental Care sedikit istimewa dengan menampilkan rekaan hiasan dalaman bertemakan hutan serta berkonsepkan mesra kanak-kanak, dengan kelengkapan peralatan serta kemudahan yang memfokuskan golongan tersebut.

“Semua orang boleh melakukan rawatan di klinik ini, namun kami memilih konsep mesra kanak-kanak kerana kajian mendapati 80 peratus daripada kanak-kanak mempunyai pe­ngalaman kurang menyenangkan ketika berada di klinik pergigian.

“Kami mahu mengelakkan si­tuasi sedemikian,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI