fbpx

Batu nisan, belindan dihanyut bah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Batu nisan dan belindan di Tanah Perkuburan Islam Datuk, Kampung Dalam Rhu, Tumpat dihanyutkan air akibat hujan lebat kelmarin.

TUMPAT – Lebih 30 kubur di Tanah Perkuburan Islam Datuk, Kampung Dalam Rhu di sini rosak selepas dihanyutkan air dalam kejadian hujan lebat sejak petang kelmarin.

Kejadian kali kedua dalam tempoh tiga tahun itu menyebabkan batu nisan dan belindan berselerak.

Penghulu Mukim Kubur Datuk, Rosli Mohd. Noor berkata, sebaik mengetahui perkara itu, dia segera memaklumkan kepada ahli jawatankuasa untuk tindakan selanjutnya.

“Kita menggunakan plastik dan kanvas untuk mengalirkan air.

“Langkah itu dibuat bagi mengurangkan risiko kerosakan pada kubur-kubur yang lain,” katanya di sini semalam.

Tanah perkuburan seluas 1.6 hektar itu berusia kira-kira 100 tahun dan menempatkan lebih 8,000 kubur.

Rosli memberitahu, beliau lega kejadian kali kedua tersebut tidak mengakibatkan kerosakan teruk seperti yang berlaku pada tahun 2017 yang menyebabkan lebih 100 buah kubur mengalami kerosakan.

Penduduk kampung turut bergotong-royong membetulkan semula kedudukan batu nisan yang beralih tempat.

“Kami mencadangkan kepada pihak berwajib agar membina saluran paip bagi memudahkan proses aliran air sekali gus mengelakkan kejadian yang sama berulang,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI