fbpx

68 PATI ditahan dalam Operasi Benteng semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seramai 68 pendatang asing tanpa izin (PATI) serta 10 tekong telah ditahan dalam Operasi Benteng yang dilaksanakan semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, turut ditahan adalah tiga kenderaan darat dan sebuah bot atau kapal.

“Sebanyak 296 Sekatan Jalan Raya (SJR) telah dilaksanakan semalam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, seramai 80,748 individu yang pulang ke negara ini melalui pintu masuk sempadan antarabangsa sejak 24 Julai hingga semalam telah ditempatkan di 78 buah hotel dan 17 institut latihan awam serta institusi pengajian swasta.

Katanya, daripada jumlah itu, seramai 11,862 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib manakala 502 individu telah dihantar ke hospital untuk rawatan.

“Seramai 68,384 individu telah dibenarkan pulang,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI