fbpx

11 RUU perbekalan telah diluluskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dewan Rakyat.

KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan tiga lagi Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat peringkat jawatankuasa.

Ia melibatkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC).

Keputusan berkenaan sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan RUU Perbekalan 2021 yang telah diluluskan sejak 30 November lalu sebanyak 11.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun mengumumkan undian RUU Perbekalan 2021 peringkat jawatankuasa MITI diluluskan menerusi undi belah bahagi.

“Seramai 110 bersetuju, 104 tidak bersetuju, manakala enam Ahli Parlimen tidak hadir,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Undian belah bahagi dijalankan selepas lebih 15 Ahli Parlimen bangun menyokong supaya RUU itu diputuskan menerusi kaedah itu.

Sesi penggulungan RUU Perbekalan 2021 bagi peringkat MITI dilakukan oleh Menterinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

RUU Perbekalan 2021 peringkat jawatankuasa KPDNHEP dan MEDAC pula diluluskan melalui undian suara ramai.

Azhar seterusnya mengumumkan persidangan Dewan Rakyat ditangguhkan sehinga pukul 10 pagi pada Isnin ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI