fbpx

Masjid Parit Mislam ditutup selepas guru takmir positif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba menjalankan sanitasi kepada beberapa buah masjid dan surau yang telah dihadiri oleh guru takmir berkenaan. Foto IHSAN BOMBA

MUAR- Masjid Al-Istiqomah, Parit Mislam di Sri Menanti di sini terpaksa ditutup kepada orang awam selepas seorang guru takmir yang hadir disahkan positif Covid-19.

Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad berkata, bagaimanapun, masjid itu hanya dibuka kepada empat jemaah sahaja bagi tujuan mendirikan solat sehinggalah satu tarikh dimaklumkan kelak.

Dalam pada itu, Kadi Daerah Muar, Mohamad Khalil Md. Noor berkata, pihaknya telah meneliti jadual kehadiran guru takmir berkenaan selepas dimaklumkan oleh petugas kesihatan daerah mengenai status penceramah itu.

“Pada Isnin, 30 November saya dihubungi oleh Pejabat Kesihatan Daerah Muar berhubung status seorang guru takmir Muar yang telah dikesan positif Covid-19.

“Laporan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyatakan, ustaz ini telah hadir ke tiga masjid dan dua surau di Muar bagi menyampaikan kuliah Maghrib.

“Pejabat Kadi turut meneliti beberapa lokasi lain melibatkan kehadiran ustaz ini yang menyampaikan ceramah berdasarkan tuntutan elaun mengajar takmir,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, hasil perbincangan bersama KKM Muar, kesemua masjid dan surau terlibat telah menjalankan sanitasi semalam sebelum dijangka dibuka kepada orang awam bermula hari ini.

“Bagaimanapun, Masjid Al-Istiqomah, Parit Mislam di Sri Menanti kekal tutup sehingga tarikh diberitahu kelak,” katanya.

Terdahulu, sumber berkata, guru takmir itu disahkan positif Covid-19 selepas mendapat jangkitan tersebut dari isterinya yang merupakan seorang pengasuh.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI