fbpx

RUU Perbekalan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi lulus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azhar Azizan.

PETALING JAYA – Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi melalui undian belah bahagi.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, seramai 108 Ahli Parlimen menyokong, 95 Ahli Parlimen tidak menyokong, manakala 17 Ahli Parlimen tidak hadir.

“Dengan itu belanjawan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi dijadikan sebahagian daripada jadual,” katanya.

Undian belah bahagi dijalankan selepas lebih 15 Ahli Parlimen bangun menyokong RUU tersebut diputuskan menerusi kaedah berkenaan.

Sesi penggulungan RUU Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi dilakukan oleh Timbalan Menteri Willie Anak Mongin. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI