fbpx

Benteng pasir dibina elak banjir berulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dzulkefly (kanan) beramah mesra dengan salah seorang mangsa banjir di PPS SK Dato Maharaja Lela, Kuala Selangor, Selangor. Gambar fail

KUALA SELANGOR – Benteng pasir setinggi satu meter (m) akan dibina di Kampung Ijok dan Kampung Parit Mahang di sini dalam menangani kejadian banjir.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, langkah itu sebagai jangka pendek bagi mengelakkan insiden sama berulang lagi.

“Cadangan pembenteng pasir tersebut dimaklumkan kepada wakil Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor dalam lawatan hari ini dan mereka bersetuju mengenainya.

“Selain itu, wakil JPS akan menutup empat saliran pembentung untuk mengelak air sungai daripada melimpah ke kawasan Sungai Ijok,” katanya selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Dato Maharaja Lela di sini, hari ini.

Dzulkefly turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada kesemua mangsa dalam lawatan itu yang turut dihadiri Penolong Pegawai Daerah Kuala Selangor, Mohd. Zary Affendi Mohd. Arif dan Ketua Bomba Kuala Selangor, Ismail Zakariya.

Sementara itu, Ismail menegaskan jumlah mangsa yang berada di PPS tersebut kekal 96 orang dengan melibatkan 27 buah keluarga.

Kesemua mangsa banjir adalah penduduk di Jalan Rezab Derahman, Jalan Tahir Manan, Jalan Parit Omar, Jalan Rizab Zazuli dan Jalan Cenderawasih. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI