fbpx
Andi Bernadee teruk dikecam pengikut di laman sosial Instagram gara-gara dikatakan tidak bersyukur dan membazir.

Andi Bernadee dikecam gara-gara tepung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Sambutan hari ulang tahun kelahiran penyanyi Ande Bernadee ke-29 kelmarin dihujani kecaman daripada netizen gara-gara dikatakan membazir dan tidak bersyukur dengan makanan.

Menerusi video yang dimuat naik Andi atau nama sebenarnya Andi Azrul Andi Mapangile​, dia diraikan rakan-rakannya dengan cara nakal iaitu dituang satu plastik tepung gandum pada kepala serta badannya.

Gelagat Andi yang cuba mengelak dan menjerit disebabkan terkejut membuatkan rata-rata pengikutnya tidak bersetuju dengan situasi dan cara sambutan tersebut dilakukan.

Pada ruangan komen, netizen mengatakan Andi dan rakan-rakan tidak peka dengan keadaan ekonomi pada ketika ini selain sanggup membazir dan dikatakan tidak bersyukur.

“Banyak benda lain yang boleh digunakan untuk buat surprise (kejutan) tetapi tepung juga yang digunakan. Tak tahulah nak kata apa, membazir itu amalan syaitan.

“Ekonomi tengah tak ok. Tepung itu berharga tau. Dapat tepung pun dah cukup baik untuk orang-orang susah.

“Masih ada lagi rupanya main-main tepung time birthday macam ni. Sejenis tak tahu bersyukur dengan makanan. Kalau dapat dekat orang susah dua hari boleh buat alas perut,” tulis netizen. – K! ONLINE